Kelas Web Browser Search Engine

3 September 2023 | Aktiviti Terkini

2 September 2023 – Pada hari ini PEDi Linggi telah mengadakan Kelas Web Browser Search Engine bagi memberi pengenalan kepada peserta bagaimana Google Seach Engine berfungsi. Kelas dihadiri oleh seramai 2 orang peserta berumur 6 dan 7 tahun.

Kelas ini diajar oleh Pengurus PEDi Linggi. Peserta diberi pengenalan mengenai beberapa jenis web browser dan memberi penekanan kepada Google Search. Seterusnya mereka diajar cara membuat carian seperti memasukkan kata kunci yang bersesuaian untuk carian yang lebih mudah dan pantas.

Mereka juga diberi latihan untuk membuat carian dan cara menggunakan carian mengikut jenis dan fungsi filter. Kelas berlangsung selama 2 jam bermula dari 11.00 pagi hingga 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali